Tuesday 14 October 2014

Shaklee Sibu : Sedekah Subuh, Mudahnya Bersedekah

Catatan ini diambil dari pengasas atau pelopor Sedekah Subuh yang saya kenali di FB

Sumber : Page Sedekah Subuh atau pemilik FB Mahawa Pilus

SEDEKAH SUBUH.

Cara-cara melaksanakannya
Assalamualaikum wm wb.
Bismillahirrahmanirrahim
sahabat seiman, sahabat fb, sahabat semua,
ramai yang tertanya, tertinggal bagaimana nak laksanakan SEDEKAH SUBUH ini.
saya sangat berbesar hati untuk berkongsi dengan anda semua, saya sangat mengharapkan diamalkan bukan hanya menekan butang "like" kerana jika tidak ada amalan, anda tidak akan sampai ke fasa pertama SEDEKAH SUBUH...
saya akan meneruskan SEDEKAH SUBUH fasa ke 2 selepas semua sahabat beristiqomah melaksanakannya.

CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.
1. sediakan sebuah bekas yang transparent seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
2. letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa sen/rm. ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda. be spesifik, tapi jangan lupa untuk dunia dan akhirat.
4. doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham.
5. waktu mustajab ialah selepas matahari terbit dan sebelum waktu syuruk. kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak gred A+++ maka segerakanlah. jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
7. secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? (cth: ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas/mudah lalu lintas) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu luas.
8. apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31 atau ke 41, jangan berhenti
9. sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH
APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?
saya cadangkan :

1. beri makan sarapan pagi kepada anak yatim dan miskin. - ada sukarelawan saya yang akan bertugas melaksanakannya. Setiap pagi dia bangun jam 2.00 atau paling lewat jam 3.00 pagi untuk memasak bagi anak-anak yatim tu. Duit yang saya kumpul saya amanahkan dia untuk memasak dan mengagihkannya. setiap hari seramai 30-40 orang anak yatim dan miskin mendapat sarapan pagi hasil dari wang SEDEKAH SUBUH saya bersama 3 orang lagi sahabat saya. saya sudah mulakan 10 tahun dan sahabat saya sudah joint saya sejak setahun lalu.
2. saya cadangkan juga - kita jumpa ramai2 untuk bertukar kisah suka duka kita dan memberi semangat sesama kita dan bawa TABUNG SEDEKAH SUBUH kita itu dan kita kira ramai-ramai dan kemudian kita bahagi 3. 1/3 untuk sarapan, 1/3 untuk wakaf dan 1/3 untuk education. (apa pandangan anda?) barulah kita dapat bertemu dan berbincang...berkongsi bahagia dan rasa nikmat dan akan menjadikan ukhwah kita lebih kuat. kita mampu membentuk SATU PASUKAN yang kuat...
3. cadangan ketiga - agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, masjid, sekolah, fakir miskin secara individu
TUGAS ANDA SEKARANG?
1. laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. viralkan projek ini - saham viral ini akan menjadi bonus anda di akhirat nanti
DAN JANGAN LUPA - pm kisah suka duka anda kepada saya atau whatsapp ke no 0163283909 kerana saya akan cuba MENGANGKAT PROJEK SEDEKAH SUBUH ini ke peringkat antarabangsa...di KOREA pada bulan Mac 2015 nanti . Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua. kalau tak larat nak tulis, guna voice recorder dan hantar suara anda kepada saya melalui whatsapp
selamat beramal dan kumpulan SEDEKAH SUBUH akan berkumpul pada 9 November ini...di mana? Lembah Kelang ..sedang dalam perundingan masa dan tempat..
sedikit dari saya atas ikhsan ALLAH memberikan kekuatan untuk saya membuat penulisan pada malam ini.

Ini coretan daripada Puan Mahawa Pilus.. Ini paling mudah untuk sama bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan. 

Saya sudah mulakan, anda juga patut mulakan hari ini juga. 


No comments: