Friday 17 October 2014

Shaklee Sibu : Panduan Bijak Mudahkan Diet Anda


Bukan mudah untuk memastikan diet berjaya. Sehinggakan ada  masa, ia membuatkan anda betul-betul kecewa dek gagal dalam berdiet. Jangan mudah menyerah, ada tip yang boleh membantu anda mencapai tujuan tersebut.

tips kurus, shaklee sibu, kurus secara sihat dengan shaklee


KOMITMEN
 
Jelas dan terang. Anda harus membuat komitmen pada diri sendiri. Walaupun Nampak berat tetapi tidak bermakna anda tidak boleh melakukannya. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa usaha ini pasti akan membuahkan hasil.
 
TAMPAL GAMBAR IDAMAN
 
Anda boleh menampal gambar atau foto tubuh ideal yang anda inginkan .  Kekuatan pada gambar ini akan menghantar isyarat agar anda sentiasa ingat dengan tujuan sebenar. Malah, dengan meletakkan gambar model yang anda kagumi juga boleh memberi motivasi pada anda.

PILIH KAWAN
 
Pilihkan kawan yang mempunyai pelbagai aktiviti sihat. Contohnya, kawan yang suka bersenam , yoga, atau bersukan. Ini kerana aktiviti yang dilakukan bersama akan lebih menyenangkan. Malah ia boleh mengalihkan tumpuan anda pada makanan. Namun begitu, ia tidak bermakna anda harus melanggar kebiasaan makan pada waktu yang tepat.

BUAT CATATAN
 
Buat lah catatan perkembangan anda atau juga dairi foto tentang perubahan bentuk badan anda dari semasa ke semasa. Dengan melihat perubahan ini, ia boleh membuatkan anda terus berusahah dengan program diet yang anda lakukan.

FREE YOUR MIND
 
Jangan tertekan kerana ia boleh membuatkan anda merasa beban dan buat anda lagi stress. Inilah yang boleh menggagalkan diet anda. Akhirnya apabila stress, anda akan makan secara emosional.

JANGAN BANDINGKAN
 
Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain kerana ia boleh mengalihkan tumpuan anda dan menimbulkan tekanan pada diri. Jadi adalah lebih baik anda fokuskan pada program yang lakukan.

NIKMATI PROSESNYA
 
Anda pasti tidak akan gagal dalam diet sekiranya anda menjalani program diet dengan tenang dan nikmati prosesnya. Anggaplah anda sedang membersihkan badan dan pola pemikiran anda. Jika apa yang anda lalui itu betul, ia akan menjadi kebiasaan yang sihat sehinggakan anda tidak hanya focus pada berat badan tetapi pada kesihatan badan dan fikiran.

PANDANG KE DEPAN
 
Memikirkan masalah berat badan memang menyakitkan dan pasti ada orang yang mengalami perkara yang sama. Tetapi anda harus pandang ke depan dengan tujuan yang sebenar. Jadikan masa lalu anda sebagai motivasi, bukannya tekanan.

Sumber :  Rapi September 2014




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak. COD Sibu Sarawak. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee dan peluang menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi saya melalui : FB: Ct Rokiah Ab SID : 1022732 SMS/WhatsApp : 0148803907 Email : sitirokiahab2116@gmail.com Page : Nature Vita Shop Sibu

No comments: