Friday 19 September 2014

Sibu Base Jump 2014

Sibu Base Jump kembali lagi untuk tahun ini!!!

sibu base jump


Satu tarikan terbaru di Sibu dan juga menarik perhatian orang ramai adalah Sibu Base Jump.

Seingat saya tahun ini adalah penganjuran kali keenam sejak pertama kali diadakan

Untuk tahun 2014,  penglibatan sebanyak 51 penerjun yang melibatkan 5 penerjun wanita dan ia terdiri daripada 13 negara.

Sempena Sibu Base Jump, pihak MPS telah menganjurkan tapak pesta sejak 5September yang lepas.

Dan acara terjunan bermula pada 19/09/2014. Terjunan ini mengambil tempat di Wisma Sanyan yang berketinggian 126meter . Banguna paling tinggi di Sibu.

Acara Base Jump akan berlangsung selama 3 hari dan ada terjunan malam pada 19/09 dan juga 20/09/2014.

Ingin bersama merasai pengalaman terjunan ini, mari kita sama-sama meriahkan Dataran Sibu sehingga 21/09/2014.

Banyak aktiviti lain juga disediakan seperti gerai makanan, jualan pakaian, aksesori, aktiviti pentas serta aktiviti untuk kanak-kanak.

Anda berada berdekatan Sibu, dan habiskan sisa cuti persekolahan ini dengan Sibu Base Jump 2014!!!!

Jumpa di sana!!!!!

No comments: