Wednesday 24 September 2014

Seminar Fatwa Peringkat Negeri Sarawak


Seminar Fatwa Peringkat Negeri Sarawak

seminar fatwa negeri sarawak
Alhamdulillah, pada 22/09/2014 -23/09/2014 yang lepas, saya sempat menghadiri Seminar Fatwa Negeri Sarawak di Kompleks Islam Sarawak, Sibu. Seminar ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Sarawak. 

Sepanjang 2 hari berseminar, banyak ilmu tentang fatwa saya fahami.

Yang paling berkesan di hati tentang penyusuan anak angkat atau anak susuan. Dan kenapa Malaysia belum meluluskan fatwa tentang Bank Susu. Antara sebab yang dihighlightkan oleh Mufti Sarawak adalah tentang dokumensasi dan hukum mahram antara adik beradik susuan. 
seminar fatwa negeri sarawak
Dan tentang rokok dan shisha. Ianya haram kerana membinasakan diri pengamalnya. Allah swt sendiri melarang umatnya merosakkan diri sendiri.

Kami juga belajar tentang pelaburan Emas, pelaburan ASB dan ASN. Memang banyak input yang diterima. Dan ada sebahagian fatwa tidak diwartakan tapi jelas hukumnya.

Terdapat lima sesi pembentangan kertas kerja sepanjang 2 hari seminar. Paling ditegaskan adalah sambutan Hari Valentine untuk umat Islam adalah Haram di sambut. Jadi, jangan nak sambut pada 14 Februari. Nak rai sangat kekasih, suami segala, sila buat hari lain. Bukan 14 Feb, kecuali la suami atau sesiapa sahaja lahir pada 14 Februari. Tapi jangan nak wish "Happy Valentine" segala. 


Nak tahu lebih lanjut tentang fatwa atau sebarang pertanyaan, boleh je layari  web Pejabat Mufti Negeri Sarawak dan klik e-kemusykilan.



seminar fatwa negeri sarawak



No comments: