Monday 15 September 2014

Hari Malaysia , Jangan lupa Sejarah

Adakah sama tarikh Tanah Semenanjung, Sabah dan Sarawak MERDEKA?


hari malaysia

Ramai yang anggap tarikh kemerdekaan Tanah Semanjung, Sabah dan Sarawak adalah pada 31/08/1957.

Tapi sebenarnya Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963. Dan Sabah pada 31 Ogos 1963.

Jadi, pada tarikh keramat 16 September 1963, baru la Malaysia dibentuk melalui gabungan Tanah Semenanjung, Sabah , Sarawak dan Singapura. Singapura yang kemudiannya keluar dari gabungan pembentukan Negara Malaysia.

Jika diikutkan, tarikh 16 September lebih penting untuk disambut kerana pada tarikh tersebut nama MALAYSIA baru wujud di peta dunia.

Dan kita baru beberapa tahun menyambut HARI MALAYSIA di peringkat kebangsaan.

Dan, bagi sesetengah pihak yang sentiasa mencanang isu negatif tentang Sabah Sarawak, hentikanlah. Tanpa ketiga-tiga kompenan MALAYSIA tidak wujud di peta dunia pada masa kini.

MALAYSIA tidak akan terbentuk jika SARAWAK dan SABAH tidak bersetuju dengan perjanjian pembentukan Malaysia dahulu. Dan Tanah Malaya akan berdiri sendiri.

Dan sepatutnya kita sentiasa menjaga keharmonian perpaduan kaum di negara kita. Jangan terlalu taksub untuk mengutuk, memecahbelahkan keharmonian yang seakan sudah tergugat dan bakal pincang negara kita nanti.


Tahun ini sambutan Hari Malaysia akan disambut di Miri Sarawak. Hargai penubuhan Malaysia dan sambut lah dengan hati yang tenang, bersyukur dengan Negara kita dan




Jangan lupa, saya pengedar Shaklee, belian dan konsultasi produk, hubungi sahaja

FB: Ct Rokiah Ab
SID : 1022732 
SMSWhatsApp : 0148803907 
Email : sitirokiahab2116@gmail.com 
Page : Nature Vita Shop Sibu 

No comments: