Thursday 17 April 2014

Shaklee Sibu : Ingat Allah sentiasa ada!!!!!!!!!


Ingat ! Allah sentiasa ada.
Tiada langit yang sentiasa cerah…
Itulah hakikat sebuah kehidupan. Jika hari ini kita dibawah, esok lusa kita di atas. Hidup ibarat roda. Sebab itu jangan sesekali sombong dan angkuh. Kerana apa yang ada hanya pinjaman semata-mata.



Ujian yang ALLAH beri kepada kita adalah untuk mendekatkan kita kepadaNya. Hakikatnya manusia itu makhluk yang mudah lupa.

Teguran ALLAH melalui ujian itu adalah sebagai satu tanda ALLAH sayangkan kita.

Untuk peniaga, jika rezeki berat amalkan amalan menjemput rezeki…
Solat Dhuha dan al Waqiah jadikan amalan..

Untuk mereka yang sering runsing, amalkan mengaji setiap hari di awal pagi dan malam.
Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar.

Sering yakinkan diri…. ALLAH ada. Jangan lupa. Apapun yang kita usaha ALLAH melihat. ALLAH tahu niat kita.

Adakala apa yang kita hajatkan tak kesampaian kerana ALLAH nak beri yang lebih baik dari kita minta.

Adakala apa yang kita hajatkan tak kesampaian kerana ALLAH nak beri yang lebih baik dari kita minta.


Adakala apa yang kita harapkan ALLAH beri lambat supaya kita tidak sombing dan bongkak kerana mudah dapat.

Adakala ALLAH beri kita apa yang kita hajatkan bermakna kita kuat untuk menerimanya.

Adakala ALLAH beri ujian kerana tahu kita mampu melaluinya.

Hakikatnya ALLAH suka kita berdoa. ALLAH suka kita memuji DIA.
Hanya kita yang sering lupa.

Ingat ! Allah sentiasa ada. Apapun yang kita usahakan insyaALLAH akan dapat. Cepat atau lambat jangan pertikaikannya. Pertikaikan diri sendiri atas usaha yang kita curahkan.

Adakala apa yang kita lihat dari mata kasar itu bukanlah seindah yang disangka. Dunia ini hanya sementara.
Akhirat yang kekal abadi..

Teruskan perjuangan kita.. Bangkitlah dari lena yang panjang…


CREDIT : Kak Norita Idris

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak.
 COD Sibu Sarawak.

 Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee dan peluang menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi saya melalui :

 FB: Ct Rokiah Ab 
SID : 1022732 
SMS/WhatsApp : 0148803907 
Email : sitirokiahab2116@gmail.com 
Page : Nature Vita Shop Sibu

No comments: