Tuesday 15 April 2014

Shaklee Sibu : Dah bukan rezeki saya?


Dah bukan rezeki saya?

Sudah takdir saya begini ?

Saya hanya layak untuk kehidupan yang sederhana sahaja?


Dialog yang biasa didengar dari mereka yang berfikiran sempit, cetek dan miskin.

Kenapa cetek, sempit dan miskin?

Sebabnya cara pemikiran mereka ini adalah cara berfikir yang tidak sihat.
Contohnya, kita sedang menjalani kehidupan yang biasa sahaja, bergaji kecil dan pasrah dengan takdir dan seakan menyalahkan Pencipta kerana keadaan kita ini.
Sedangkan telah termaktub dalam Al- Quran yang menyatakan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mahu mengubah nasib mereka sendiri.
Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengubah dengan bantuan dari Allah swt.

Ingat kita dilahirkan untuk menjadi juara dan bukannya seorang yang gagal dan sering menyalahkan takdir.

Kita punya potensi yang berbeza-beza dan peranan yang tersendiri.

Jadi apa peranan anda dalam kehidupan ini?? Siapa yang patut menentukan hala tuju hidup anda jika bukan anda sendiri.


Untuk berubah , perkara pertama yang harus diubah adalah CARA BERFIKIR. Buang semua kepercayaan karut tentang kejayaan dan kekayaan.

Fokus minda anda untuk mencapai satu sasaran dalam kerjaya dan kehidupan anda.
Tidak salah untuk anda bermimpi punya berjuta-juta wang kerna itu tidak menjauhkan diri anda dengan sang Pencipta.

Jangan terlalu sempitkan pemikiran anda kepada " saya hanya layak berkereta kecil", "gaji saya cuma banyak ini sahaja" atau "saya memang dilahirkan miskin sejak dahulu lagi".

Ingat, apa yang anda fikir, adalah satu DOA.  Dan Allah swt itu mengikut sangkaan hambanya. Bersangka baik dengan Allah swt. Hidup ini penuh dengan ujian dan pilihan.
Kita yang menentukan antara salah satu JUARA atau GAGAL.

Jika hari ini kita masih miskin, jangan salahkan orang lain tapi renung kembali ke arah diri anda, siapa yang sebenarnya SALAH.

Kita hanya perlu mengubah cara BERFIKIR untuk mengakui kesilapan sendiri.

Oleh itu, sematkan dalam hati yang kita mampu BERJAYA. Percaya dan yakin bahawa kita harus kaya dan berjaya supaya kita boleh berbakti kepada diri, keluarga, bangsa dan agama.

Kekayaan hanya datang apabila andan punya minda yang kaya. Apabila minda kita kaya, hati juga kaya. Begitu juga pertuturan dan tindakan anda.

Mari lah kita menjadi orang kaya yang berjaya di dunia dan akhirat.

"Jika kita berusaha untuk mengubah hidup orang lain, kita terpaksa kaya"


Credit : Buku Magnet Kekayaan dan Kejayaan #DAO




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak.
 COD Sibu Sarawak.

 Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee dan peluang menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi saya melalui :

 FB: Ct Rokiah Ab 
 SID : 1022732 
SMS/WhatsApp : 0148803907 
Email : sitirokiahab2116@gmail.com 
Page : Nature Vita Shop Sibu

No comments: