Friday 11 April 2014

Shaklee Sibu : Doa Dijauhkan dari Kesedihan, Malas, Dan Bebanan Hutang


 Assalamualaikum,

Perkongsian dari Mentor mama hari ini.





Maksudnya :
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat bacul (penakut) dan kikir (kedekut). Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang." [al-Bukhari]

Fadhilat Wirid:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: “Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?”

Jawab Abu Amamah: “Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah.”

Maka jawab baginda : “Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?”

Jawabnya: “Ya!”

Lalu baginda bersabda: “Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas).”

Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan.

(Hadith Dikeluarkan oleh Imam Abu Daud)

Tips bacaan : Setiap hari amal baca 3x slps solat.



Penghantaran di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak. Cash in Delivery COD kawasan Sibu, Sarawak.

 Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee dan peluang menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi saya melalui :

FB: Ct Rokiah Ab
SID : 1022732
SMS/WhatsApp : 0148803907
Email : sitirokiahab2116@gmail.com
Page : Nature Vita Shop Sibu

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments: