Thursday 28 August 2014

Shaklee Sibu : Menyusu bayi anda, pastikan anda bersedia

Lumrah setiap ibu yang mengandungkan bayinya akan merasai pengalaman menyusukan bayinya. Ada yang sudah berniat untuk menyusukan bayinya hingga 2 tahun.

persediaan untuk penyusuan susu ibu, susu ibu adalah yang terbaik

Bagaimana persediaan yang diperlukan untuk menyusui bayi?


Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum anak lahir. Saya telah membuat kesilapan ketika kelahiran pertama, jadi tidak mampu untuk menjayakan penyusuan. Tapi untuk anak kedua, saya mula membaca banyak tentang penyusuan dari Internet dan majalah.
Jadi, ibu baru boleh buat persediaan  dengan membaca buku, sumber internet, sertai kelas penyusuan dan dapatkan support dari organisasi sokongan peyusuan susu ibu,

Ingat, semakin banyak kita tahu tentang cara-cara dan faedah penyusuan, semakin bersemangat kita ingin menyusukan anak kita sendiri.

Anda berfikir atau tidak, sebenarnya badan kita sedag bersiap sedia untuk melalui proses ini. Ini lah sebab kenapa payudara anda menjadi besar ketika hamil dan sedang bersedia untuk menyusukan bayi sendiri.

Apa persediaan yang perlu dilakukan?


Perubahan hormon sudah cukup untuk anda bersedia menyusukan bayi selepas melahirkan anak.

Anda tidak perlukan krim untuk melembutkan kulit  atau memerah  kolostrum anda.

Persedian terbaik adalah mendapat sokongan suami dan keluarga dalam keputusan untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Ini langkah pertama yang ramai orang gagal. Untuk berjaya, anda perlukan sokonhan padu suami dan ahli keluarga.

Saat sudah dekat untuk melahirkan, pastikan doktor/ nurse/bidan di bilik bersalin sudah mengetahui niat anda untuk menyusukan terus bayi anda sejurus melahirkan. Maklumkan yang anda ingin mendapatkan seberapa banyak sentuhan kulit dengan bayi anda selepas dilahirkan.

Persentuhan dengan kulit semasa melahirkan terbukti memanjangkan masa penyusuan.  Pegang bayi anda, rapatkan pada kulit anda supaya bayi anda merasai kulit anda. Bayi anda mungkin hanya mendekatkan diri ke payudara anda, cuma menghidu atau mengesel muka ke payudara sahaja. Tapi inilah langkah pertama untuk menjayakan penyusuan susu ibu.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak.
COD Sibu Sarawak.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee dan peluang menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi saya melalui :
FB: Ct Rokiah Ab
SID : 1022732
SMS/WhatsApp : 0148803907
Page : Nature Vita Shop Sibu

No comments: