Sunday 31 August 2014

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 57


Tanggal 31 Ogos tiap tahun, sambutan ulangtahun kemerdekaan akan di sambut di semua peringkat. Dari peringkat tadika, sekolah ,jabatan, negeri dan juga kebangsaan.


Untuk saya, MERDEKA untuk diri sendiri adalah bagaimana kita dapat kekalkan perpaduan di kalangan rakyat.

Dan saya ingin memerdekakan diri sendiri dari perkara ini:-
  • Bebas dari hutang
  • Bekerja Sendiri
  • Bebas melakukan perkara yang disukai
  • Bebas bersedekah, beramal jariah, menyumbang dengan nilai yang besar
  • Bebas memberikan sumbangan kepada ibu bapa
  • Bebas ke mana sahaja tanpa terikat dengan majikan
  • Bebas merancang masa sendiri

Dan ini harapan saya untuk negara saya Malaysia.

Sekarang banyak sangat isu antara Semenanjung dan Sabah Sarawak.
Bagi saya cukup lah, segala isu ditimbulkan. Jangan terlalu cetek berfikir ketika menulis di laman sosial masing-masing. Jangan terlalu memperlekehkan tempat orang selagi kita tidak pernah menjejak kaki ke sana.
Jangan terlalu sempitkan pemikiran dan hanya kejar populariti di laman sosial.

Jujur dari hati, perpaduan antara kaum bermula dari hati sendiri. Bagaimana kita saling menghormati orang lain, begitu juga orang hormati kita.

Ingatlah, semuanya bermula dari diri sendiri. Belajar untuk saling menghormati.


Salam Merdeka!!!

Moga negara kita sentias aman, damai dan saling menghormati di antara semua kaum di Malaysia!!!!




Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee dan peluang menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi saya melalui :
 
FB: Ct Rokiah Ab
SID : 1022732
SMS/WhatsApp : 0148803907
Page : Nature Vita Shop Sibu

No comments: