Friday 2 May 2014

Shaklee Sibu : Nak Berjaya dalam Shaklee


Semua orang dilahirkan sebagai pemenang.
Memang biasa dengan ayat ini dalam mana-mana kursus motivasi. Namun uniknya ramai yang tidak faham kat mana datangnya pemenang.

Setiap kita dilahirkan dengan keunikan tersendiri. Saya yakin semua nak berjaya. Pastinya kami dalam Shaklee ingin berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Ia bukan satu yang mustahil kerana kami tidak pernah diberi atau memberi janji kepada sesiapa  dalam organisasi Shaklee kami kerana untuk berjaya dalam Shaklee semuanya datang dalam diri sendiri.
Walaupun begitu ada juga yang berkata, “bagaimana saya nak berjaya dalam Shaklee sedangkan dah ramai yang jadi ahli Shaklee??? Ini memang perkara biasa.

Kadangkala kita lupa………….



Semua benda hidup di dunia ini bersaing untuk dapatkan sesuatu.
Anak pokok juga perlu bersaing dengan rumput dan lalang untuk hidup subur.


Jadi persaingan itu satu perkara yang sangat membantu untuk kita terus maju. Namun hanya segelintir yang merasakan persaingan itu yang buatkan mereka tidak boleh berjaya.
Bila kita focus dengan masalah, memang tak dapat buat apa pun. Tidak akan ada penyelesaian pun sebab asyik sibuk tuding jari kat orang lain.
Adakala kita yang lupa siapa yang  beri rezeki itu………..

Ujian atau apa juga cabaran itu untuk kita sedar dari lena……….
Adakala kita sibu dengan urusan dunia…..ALLAH bukan lagi yang UTAMA….
Kita berniaga, sibuk cari pelanggan, buat iklan bagai dan promosi hebat…..ALLAH kita jadikan sampingan.
Mana nak datang pelanggan kalau bukan gerak ALLAH?
Mana nak datang untuk kalau bukan rahmat ALLAH?
Mana nak datang ilmu kalau bukan izin ALLAH?

Semuanya izin ALLAH namun kita tidak sedar.
Masa susah , diuji awal usaha… kita sering diingatkan tentang ALLAH. Tapi bila dah mula berjaya dan kita sangkut kita terlupa pula puncanya diri kita dengan ALLAH tidak menjadi keutamaan.
Jujurnya nak berjaya dalam Shaklee  atau apa jua bidang yang kita usahakan… jadikan ALLAH yang utama.

Pastikan ALLAH dalam kehidupan supaya apa yang kita usahakan membuahkan kejayaan.
Meluah perasaan pada suami, sahabat dan mentor leganya hanya seketika. Tapi percayalah luah pada ALLAH. Hanya kita yang tahu perasaan itu.
Semuanya balik kepada kita.

Namun ingat, jangan pula sampai lupa usaha dan bergantung pada doa semata-mata. Kita tetap kena usaha namun rezeki itu datang dari ALLAH.

Saya yakin ramai yang boleh berjaya dalam Shaklee atau apa jua bisnes yang anda usahakan. Paling pasti, usaha, doa dan tawakal dijadikan pegangan dalam kehidupan.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak.
COD Sibu Sarawak.

 Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee dan peluang menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi saya melalui : 

SID : 1022732 
SMS/WhatsApp : 0148803907
 Email : sitirokiahab2116@gmail.com 
Page : Nature Vita Shop Sibu

No comments: